
Pempengaruh media sosial, Beby Tora meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang sewenang-wenangnya membuat andaian anaknya menghidap sindrom Down.
Artikel Berkaitan: Beby Tora Dedah Beli Rumah & Kereta Hasil Duit ‘Review’
Artikel Berkaitan: Beby Tora Selamat Lahirkan Bayi Sulung, Beri Nama Nur Hayfa Ameena
Beby Tora terkilan komen netizen
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Beby Tora atau nama lengkapnya Atierah Zulfatie Zulkiffli berkata dia kecewa apabila ada individu meninggalkan komen bertanyakan sama ada anaknya, Nur Hayfa Ameena mengalami masalah kesihatan hanya berdasarkan satu video yang dikongsikan.
Ada baca satu komen tulis ‘anak awak down syndrome ke’. Mudahnya komen pasal anak orang. Baru tengok gambar anak orang sekali dua dah cakap macam tu.
Penat preorder tujuh tahun, mudah je orang cakap pasal awak dik. Moga anak ibu membesar dengan baik dan sihat okey.
Dalam pada itu, Atierah menjelaskan dakwaan tersebut dipercayai timbul selepas satu video yang dikongsikan menunjukkan anaknya tidak memberikan sebarang reaksi ketika dipanggil.
Jelasnya, keadaan tersebut berlaku kerana anaknya ketika itu sedang leka menonton televisyen ketika mereka berada di sebuah kedai makan.
Dia kata DS (down syndrome) sebab ada video tu, mungkin saya panggil anak saya dia buat tak hairan.
Macam mana dia nak hairan kat mak dia, kami pergi mamak dan dia duduk fokus tengok TV dekat mamak tu. Budak-budak kan suka macam tu.
Susulan itu, Atierah turut berharap orang ramai lebih berhati-hati sebelum meninggalkan komen yang boleh menyinggung perasaan ibu bapa.
Sumber: Threads Beby Tora







