
Penyanyi dan komposer, Amir Masdi tidak menafikan dirinya menyimpan hasrat untuk membawa pulang trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), namun berserah segala keputusan kepada rezeki.
Artikel Berkaitan: AJL40: Wani Kayrie Terharu ‘Cak Cak Cekuk’ Diramal Menang Persembahan Terbaik – ‘Berapa Bas Penari? Nantikan’
Artikel Berkaitan: AJL40: KOI Dedah Sebab Kekal Bertopeng, Kadang ‘Lari’ Ambil Nafas Di Acara
Idam trofi

Amir, 30, berkata, sokongan peminat yang meletakkan namanya sebagai antara penyanyi yang akan memberi saingan dalam kategori berkenaan menjadi pembakar semangat untuknya memberikan persembahan terbaik.
Insya-Allah, saya ambil apa yang peminat kata sebagai semangat dan doa supaya saya lebih bersemangat pada malam AJL nanti.
Kalau tanya saya, sudah pasti sebagai penyanyi akan ada satu perasaan yang ingin membawa pulang trofi. Lagi-lagi trofi individu seperti Vokal Terbaik.
Bagaimanapun, jika tiada rezeki bawa pulang mana-mana trofi, saya akan sentiasa melakukan kerja saya untuk lakukan sehabis baik.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada acara Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditanya mengenai persiapan dari segi vokal, Amir yang akan mempertaruhkan lagu Nurcinta di AJL40 berkata, dia sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik.
Saya banyak korbankan masa untuk AJL kali ini. Jika AJL sebelum ini saya banyak luangkan masa dengan keluarga, kawan dan bermain game untuk hilangkan stress.
Tetapi kali ini saya fokus untuk persediaan diri dari segi mental dan fizikal. Saya akan pastikan dapat tidur, rehat dan makan yang cukup. Saya juga banyak aktif bersukan untuk ‘fit’.
Sekadar info, AJL40 bakal berlangsung secara langsung pada 15 Ogos ini dari Unifi Arena, Bukit Jalil dan akan dipancarkan menerusi TV3 bermula jam 9 malam.






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

