Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming meraih perhatian apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Sambal Nyet Bilis Terlalu Pedas, Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: ‘Kita Dah Mula Buat Perancangan Untuk Pelancaran Produk Tahun Depan’ – Khairul Aming

Turun berat badan

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Khairul Aming memaklumkan dia sentiasa berusaha untuk kekal aktif dan bersenam meskipun sibuk menguruskan urusan perniagaannya.

Tambah Khairul Aming, usaha menurunkan berat badan turut disokong dengan pemakanan yang sihat selain rutin senaman yang dilakukannya secara konsisten.

Ini hasil selepas turun 24kg dalam masa setahun.

Walaupun penat tak rehat dari tahun lepas, saya wajibkan pergi gim setiap hari dan jaga makan.

Bermula dari zaman bina rembayung, shoot video puasa, sampai ke launching Sambal Bilis, tetap eat clean dan bersenam.

Ini hasil selepas setahun jaga disiplin.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengenai situasi Khairul Aming yang dilihat semakin kurus manakala sebahagian pembeli sedang menikmati produk keluaran terbaharunya.

Sumber: Threads @khairulaming