![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
Personaliti media sosial, Budak 46 membuat kejutan istimewa khas untuk adik perempuan kesayangannya yang dikenali sebagai Cuna.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Minta QR, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan Wang – ‘Selagi Masih Boleh Buat Affiliate, Saya Akan Lakukan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Budak 46 Dedah Hidap Retinitis Pigmentosa, Penglihatan Semakin Kabur
Hadiah untuk adik
Menerusi hantaran di TikTok, Cuna memuat naik video memaparkan abangnya sedang berada di muka pintu sambil membawa hadiah.
Budak 46 kemudian masuk ke dalam bilik Cuna itu dan menyatakan bahawa hadiah tersebut adalah untuk adiknya.
Pada ruangan kapsyen, Cuna meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka akan menerima kejutan dari abangnya.
Tiba-tiba datang rumah, buat kejutan siap bawa hadiah.
Dia cakap sebab video tu dia dapat pergi umrah.
Lihatlah betapa baiknya dia, Dia layak menerima segala kebahagiaan di dunia.
Saya sangat gembira untuknya.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keikhlasan Budak 46 yang berkongsi rezeki dengan adiknya meskipun mempunyai masalah penglihatan.
Dalam masa yang sama, mereka turut mengagumi semangat Budak 46 yang gigih bekerja walaupun sedang diuji.
Terdahulu, Budak 46 mendedahkan dirinya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur.
Menurutnya, pada mulanya dia hanya mengalami masalah rabun ketika berusia empat tahun sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)