
Penyanyi, Mawi berkongsi momen pertemuan bersama sahabatnya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas sekian lama tidak bersemuka.
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Sanjung Aziz M. Osman, Sifatkan Sebagai Legenda – ‘Terima Kasih Atas Inspirasi & Karya-Karya Hebat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mawi Imbas Kembali Bapa Pengsan Ketika Dikerumun Peminat – ‘Mereka Kata, Buka Tingkap Aku Dah Undi Kau!’
‘Kau kuat Sol’

Menerusi hantaran di Threads, Mawi, 44, mengakui tergamam selepas mendengar pelbagai kisah serta ujian yang dilalui Syamsul sehingga dirinya begitu larut dalam cerita sahabatnya itu.
Lepak dengan Syamsul Yusof dari 12 tengah malam sehingga 5 pagi. Lama kami tak berjumpa. Dengar cerita ujian dan pengalaman dia, aku tak sedar aku masuk dalam ceritanya (larut).
Dalam hati aku berkata, ‘Patutlah dia hebat buat filem, dia bercerita sampai aku termasuk dalam ceritanya’.
Dalam hantaran sama, Mawi turut menitipkan kata-kata semangat buat Syamsul selain mengenang jasa sahabatnya itu yang pernah membantunya ketika berdepan ujian kesihatan satu ketika dahulu.
Aku tahu kau kuat Sol, sahabat yang banyak bantu aku. Dulu waktu aku pernah sakit misteri, Sol adalah salah seorang yang merawat dan ruqiah aku. Terima kasih Sol. Jom buat comeback.
Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian peminat yang berharap pertemuan semula Mawi dan Syamsul bakal membawa kepada kerjasama baharu antara mereka.
Malah, ada yang berharap kedua-duanya dapat kembali berkarya bersama, sama ada dalam bidang muzik mahupun lakonan.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
