
Pengacara dan personaliti televisyen, Adriana Adnan mencabar dirinya dengan menyertai pertandingan HYROX dalam kategori Women’s Solo buat pertama kali di Bangkok, Thailand.
Adriana Adnan sertai HYROX
Menerusi perkongsian di Instagram, Adriana meluahkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan perlumbaan berkenaan dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Adriana, penyertaan tersebut menjadi satu pengalaman baharu buat dirinya selepas sebelum ini dua kali menyertai kategori Women’s Doubles pada Mei dan Jun lalu.
Alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah berikan kepada saya, saya berjaya menamatkan debut HYROX Solo saya.
Saya pernah menyertai Women’s Doubles sebanyak dua kali tahun ini pada Mei dan Jun. Kemudian, pengurus saya, Elyias Omar mencabar saya untuk menyertai kategori Women’s Singles di Bangkok. Memang gila!
Tambah Adriana, dia bersyukur kerana berjaya menghabiskan perlumbaan tersebut tanpa sebarang kecederaan selain memperoleh pengalaman yang sangat bermakna.
Syukur, saya berjaya menamatkan perlumbaan tanpa sebarang kecederaan dan mendapat pengalaman yang sangat baik.
Dalam pada itu, Adriana turut menghargai kehadiran suami dan rakan-rakan yang hadir memberikan sokongan sepanjang perlumbaan berlangsung.
Saya sangat gembira kerana suami dan rakan-rakan berada di sini untuk memberikan sokongan kepada saya dari awal hingga akhir. Masya-Allah, semoga Allah memberkati kalian semua dengan limpahan kebaikan.
Perkongsian tersebut turut menerima banyak komen positif daripada pengikut yang rata-rata mengucapkan tahniah atas pencapaian Adriana.
Malah, ramai turut memuji tahap kecergasan dan ketahanan fizikalnya selepas berjaya menyahut cabaran HYROX Solo yang sememangnya memerlukan kekuatan serta stamina tinggi.








