
Pelakon Fasha Sandha memaklumkan isu membabitkan seorang aktres yang sebelum ini didakwa datang lewat ke set penggambaran telah pun diselesaikan secara baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha ‘Sekolahkan’ Rakan Sekerja Sering Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Perlu Saya Sebut Nama Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pastikan Jurugambar Yang Datang Majlis Akan Makan Dulu, Makanan Je Pun Takkan Berkira?’ – Fasha Sandha
Fasha Sandha ulas pelakon datang lewat

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata pelakon terbabit telah memohon maaf atas perkara yang berlaku selain berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.
Sejujurnya, tentang perkara itu sebenarnya dah selesai. Dia dah minta maaf dan tidak akan mengulangi lagi.
Kami mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan siapa orangnya kerana kita sama-sama selebriti.
Dalam pada itu, Fasha berharap kejadian tersebut dapat dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya lebih berdisiplin dan menepati masa ketika menjalankan tugasan.
Saya rasa harap perkara itu dapat memberi pengajaran kepada kita sendiri dan kepada orang-orang lain untuk menghormati masa.
Selepas timbulnya isu itu, saya nampak beberapa artis juga banyak bersuara mengenai perkara ini.
Saya rasa mungkin ini satu permulaan dan satu hikmah juga untuk mereka yang tidak menepati waktu supaya lebih menghormati masa orang lain.
Terdahulu, Fasha meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang pelakon yang didakwa sering datang lewat ke set penggambaran hingga mengganggu jadual penggambaran.






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

