Pelakon dan selebriti media sosial, Eyra Hazali tampil menjelaskan perkara sebenar susulan dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai anak kepada golongan bunian.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bunian’ – Eyra Hazali Kongsi Kisah Ibu Tiba-Tiba Hamil Tujuh Bulan Selepas Buang TV Lama Di Hutan

Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Terkejut Owner Rumah Sewa Minta RM10K Untuk Cat Seluruh Rumah Termasuk Kawasan Luar

‘Saya bukan anak bunian’

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Eyra, 28, menjelaskan dakwaan tersebut turut mencetuskan pelbagai fitnah sehingga menyeret nama ibu bapa dan suaminya.

Dakwa Eyra, terdapat segelintir pihak yang mula mempersoalkan status ayahnya sebagai bapa kandung selain mempertikaikan kesahihan perkahwinannya dengan Haziq Nadzli.

Perkara ini telah mengundang beberapa fitnah yang agak melampau melibatkan ibu bapa saya.

Antara fitnah itu adalah saya dikatakan anak bunian. Ada juga yang mempersoalkan betul ke ayah saya ayah kandung.

Selain itu, ramai persoal perkahwinan saya dengan suami sah atau tidak. Perkara ini dah jadi tak sedap untuk didengar.

Tambah pelakon berusia 28 tahun itu, dia tidak pernah akui dirinya sebagai anak bunian sekali gus berharap orang ramai menghentikan segala spekulasi yang boleh mengundang pelbagai komen negatif.

Saya tidak pernah sebut saya anak bunian. Saya cuma cakap adik beradik mengusik saya anak bunian sebab kisah misteri selepas ibu saya buang televisyen lama di kawasan hutan.

Kalau anda tak rasa perkara itu, anda tidak boleh menidakkan pengalaman orang. Tak boleh cakap perkara itu tak terjadi hanya kerana anda tak lalui.

Dalam dunia ada macam-macam cerita. Apa yang kita boleh percaya, ini semua adalah kuasa Allah.

Jangan buat spekulasi sehingga mengundang orang lain bercakap perkara yang tidak baik.

Imbas kembali, Eyra menjadi bualan hangat di media sosial selepas perkongsiannya di sebuah podcast tular.

Pada perkongsian itu, Eyra memaklumkan perut ibunya tiba-tiba membesar pada keesokan hari selepas televisyen berkenaan dibuang.

Menurut Eyra, ibunya kemudian mendapatkan pemeriksaan doktor dan terkejut apabila dimaklumkan sedang hamil tujuh bulan, malah bayi dalam kandungan tersebut ialah dia.

Sumber: Threads @eyra.hazali