
Pelakon Toh Puan Syamim Freida memilih untuk menjaga privasi terutama melibatkan keluarga serta rakan-rakan terdekat.
Artikel Berkaitan: Syamim Freida Akui Loya Nampak Pencuci Mulut Selepas Lima Bulan ‘Cut Sugar’ – ‘Minum Manis Pening Kepala’
Artikel Berkaitan: Syamim Freida Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – ‘Abang Saya Yang Kenalkan Kami’
Syamim Frieda jaga privasi

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Syamim Mohd Farid itu menjelaskan bahawa tidak semua perkara dalam kehidupan peribadinya perlu dikongsikan kepada umum. Malah, ada sesetengah perkara dia lebih selesa untuk kekal sebagai urusan peribadi.
Bukan semua benda kena tunjuk untuk dapat validation.
Saya memang pilih untuk simpan kehidupan peribadi saya sebagai hal peribadi, terutama berkaitan keluarga dan kawan-kawan rapat saya. Hanya sebab anda tak nampak, tak bermaksud perkara itu tak wujud.
Ada sesetengah perkara yang paling bermakna dalam hidup saya, saya pilih untuk tidak kongsikan.
Syamim turut menjelaskan bahawa privasi merupakan satu pilihan dan dia sendiri memilih untuk tidak berkongsi segala perkara dalam hidupnya kepada umum.
Malah, dia tidak memerlukan perhatian orang ramai untuk membuktikan apa yang dimilikinya.
Privasi adalah satu pilihan, bukan bermaksud sesuatu itu tidak wujud. Saya tak perlu orang ramai untuk membuktikan apa yang saya ada.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

