
Usia mungkin sekadar angka, tetapi bagi pelakon Shahz Jaszle, 38, semakin seseorang lelaki meningkat umur, semakin banyak nilai yang boleh ditawarkan, bukan sahaja dari segi penampilan, malah kematangan, kestabilan dan cara berdepan dengan kehidupan.
Menariknya, persepsi terhadap lelaki berusia juga dilihat semakin berubah. Jika dahulu usia 40-an sering dikaitkan dengan imej ‘pakcik’, kini lelaki matang pula menjadi pilihan ramai wanita.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Duit, Jadi Saya Tak Pilih Watak, Asalkan Job Itu Sesuai’ – Shahz Jaszle
Artikel Berkaitan: ‘Kebanyakan Pasangan Gandingan Saya Isteri Kenal, Bila Keluar Lepak Sekali Pun Tiada Masalah’ – Shahz Jaszle
Lelaki Berusia Semakin Menarik
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.
Menerusi segmen POV XTRA hari ini, Shahz mengakui dia sendiri sering menerima komen lelaki yang lebih berusia mempunyai daya tarikan tersendiri.
Betul, kebanyakannya perempuan cakap begitu kepada saya. Era sekarang lain. Masa zaman saya remaja dulu, saya tengok orang umur 40 tahun nampak macam pakcik-pakcik.
Tetapi bila sekarang saya sendiri dah sampai umur itu, sebenarnya it’s not that bad. Bila saya terus terang dengan orang mengenai umur saya, mereka akan cakap saya tak nampak seperti usia saya.
Penampilan Bukan Segalanya
Menurut Shahz, perubahan itu mungkin turut dipengaruhi cara hidup generasi hari ini yang jauh berbeza berbanding dahulu.
Penjagaan diri, cara berpakaian, pergaulan serta gaya hidup membuatkan lelaki berusia 40-an hari ini tidak semestinya kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenar.
Namun bagi Shahz, penampilan hanyalah salah satu faktor.
Mungkin sebab pergaulan, lifestyle berbeza. Appearance is one thing, tetapi lifestyle pun penting.
Hakikatnya, daya tarikan seorang lelaki matang mungkin bukan semata-mata tentang wajah yang masih kelihatan muda atau fizikal yang terjaga. Apa yang membezakan ialah pengalaman.
Kenapa Ramai Wanita Sukakan Lelaki Matang?
Shahz berkata semakin meningkat usia, semakin kerap dia mendengar wanita menyatakan kecenderungan terhadap lelaki yang lebih matang berbanding lelaki jauh lebih muda.
Bila saya dah sampai satu usia ini, ramai akan cakap mereka suka lelaki matang, suka lelaki berusia berbanding teenagers. Banyak orang cakap dekat saya.
Daripada melihat perkara itu sekadar sebagai pujian terhadap penampilan, Shahz memilih untuk melihatnya dari sudut lebih luas.
Baginya, kematangan datang bersama kestabilan dan pengalaman hidup.
Saya lihat perkara itu daripada sudut positif. Bila lelaki matang, dia lebih stable. Dulu kita fikir, kenapa perempuan ini nak dekat orang tua? Bila dah sampai umur ini baru sedar sebenarnya lelaki berusia ini dah stabil, matang dan cara mereka selesaikan masalah pun lain.
Dan mungkin di situlah terletaknya daya tarikan sebenar. Apabila seseorang sudah melalui pelbagai fasa kehidupan, cara mereka berkomunikasi, menangani konflik dan membuat keputusan lazimnya turut berubah.
Bukan lagi hanya soal nampak ‘handsome’, tetapi bagaimana seseorang membawa dirinya.
Rosyam Nor Jadi Contoh
Dalam industri hiburan sendiri, Shahz melihat Datuk Rosyam Nor sebagai antara figura yang menggambarkan bagaimana usia dan pengalaman mampu memberikan nilai lebih besar kepada seorang lelaki.
Contohnya macam Datuk Rosyam Nor. Point of view dia lain, matang. Datuk Rosyam adalah orang yang kita boleh look up to. Dia sangat bagus.
Rosyam sememangnya dikenali bukan sahaja sebagai pelakon berpengalaman, malah seorang figura industri yang mempunyai pandangan tersendiri mengenai kerjaya dan kehidupan.
Bagi Shah, pengalaman seperti itulah yang membuatkan seseorang lelaki menjadi lebih menarik apabila semakin berusia.






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
