berita

Kulit Sensitif, Kering & Gatal – Suu Balm, Solusi Terbaik Untuk Masalah Si Manja Korang!

January 15th, 2021 | by Nurul
Shout Out!

Siapa yang ada masalah kulit seperti kulit sensitif dan kulit kering mesti faham macam mana stressnya bila ia terjadi. Asyik tergaru-garu, gatal dan tak selesa betul! Kita yang dewasa ni pun tak tahan, apatah lagi kanak-kanak. Yang paling mengejutkan, 1 daripada 10 rakyat Malaysia menderita dari penyakit kulit dan 2 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menghidapi masalah ini! Kesiannya..

Masalah kulit ni sedikit sebanyak boleh menjejaskan aktiviti harian, lebih-lebih lagi buat yang ada masalah kronik tu. Hmm..jangan risau, kali ni, kami nak kongsikan satu produk yang boleh bantu selesaikan masalah korang!

Suu Balm diformulasikan dari bahan semulajadi untuk kulit sensitif

Kalau korang nak tahu, Suu Balm adalah produk penjagaan kulit yang diformulasikan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang dipilih khas, serta tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya. Ianya dicipta oleh seorang Consultant Dermatologist dari National Skin Centre di Singapore iaitu Dr. Tey Hong Liang.

Selain itu, Suu Balm diformulasikan khusus untuk membantu mengurangkan masalah kulit kering dan gatal serta direka mengikut kesesuaian cuaca Asia yang panas, sekaligus dapat memberikan kelegaan cepat dan meningkatkan kekerapan kelembapan kulit.

Suu Balm turut menyediakan produk khusus buat kanak kanak!

Kredit: ieyra.com

Buat korang yang mempunyai anak dengan masalah kulit, Suu Balm turut menfokuskan kepada penjagaan kulit si manja dengan dua variasi produk iaitu Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser dan Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head-to-Toe Wash. 

Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser mengandungi ramuan khusus untuk memberikan kelegaan gatal yang cepat bagi kanak-kanak, iaitu mentol yang bertindak dengan menyejukkan kulit, dan memicu reseptor pada saraf di kulit, sekaligus menyekat penghantaran isyarat gatal ke otak. Pada masa yang sama, ceramides membantu untuk mengembalikan kelembapan kulit si manja. 

Kredit: sassymamasg.com

Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash pula sangat sesuai untuk membersih serta melegakan kulit sensitif dan kering, menjadikan kulit si kecil berasa lembap sepanjang hari.

Formulasi lembut Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash yang bebas dari sabun, sulfat, wangian, paraben, pengawet dan steroid, menjadikannya sangat sesuai dan selamat digunakan setiap hari untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur, terutamanya yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif.

Variasi produk Suu Balm yang sesuai untuk semua jenis kulit!

Kredit: ieyra.com

Bagi rangkaian produk untuk dewasa pula, Suu Balm tersedia dalam dua jenis yang berbeza iaitu Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser dan Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash. Kedua-kedua produk ini sangat sesuai untuk kulit yang sensitif dan kering serta menjadikan kulit korang lebih lembut, lembap dan segar.

Selain itu, ia juga diformulasikan untuk seimbangkan tahap pH kulit korang supaya sentiasa sihat. Formula penyejukan dan pelembab ini diyakini sesuai untuk masalah kulit sensitif.

Tekstur yang ringan dan tak melekit!

Satu lagi perkara yang admin suka tentang produk Suu Balm adalah, teksturnya yang sangat ringan, tidak melekit dan dapat menyerap ke dalam kulit dengan segera. Mesti korang akan rasa selesa seharian.

Oh ya, kesemua rangkaian produk Suu Balm juga adalah disahkan halal oleh Jakim Malaysia tau. Jadi, tak perlu was-was bila menggunakannya!

Jom cuba Suu Balm hari ini juga!

Jadi, apa tunggu lagi, ramai yang dah mencuba Suu Balm dan kebanyakannya berpuas hati dengan hasilnya. Suu Balm terbukti berkesan dalam membantu menyelesaikan masalah kulit sekaligus mengembalikan keceriaan hari korang dan si manja!

Jom dapatkan produk Suu Balm secara online di sini, atau di farmasi serta Watsons dan Caring berdekatan korang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suu Balm atau follow Facebook dan Instagram mereka untuk sebarang updates terkini.

SKIP THIS AD ×