Pelakon Sharnaaz Ahmad mengundang rasa sebak dalam kalangan ramai apabila dilihat menyantuni dua beradik yang kehilangan insan bergelar ayah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Pernah Murung Ketika Proses Cerai, Percaya Setiap Ujian Ada Penawar

Artikel Berkaitan: ‘Nabila Tak Pernah Kurang Ajar, Kami Berpisah Kerana Tiada Persetujuan Dalam Banyak Perkara’ – Sharnaaz Ahmad

Rindu sosok ayah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), dua orang kanak-kanak tersebut dilihat gagal menahan sebak apabila bertemu Sharnaaz  atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad.

Difahamkan, Sharnaaz mempunyai raut wajah yang seakan sama dengan arwah bapa kepada dua kanak-kanak tersebut sekali gus mengubat kerinduan terhadap insan yang telah pergi buat selama-lamanya.

Peminat kecil rindukan arwah ayah yang mirip Sharnaaz.

Reaksi orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan seindustri seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tersentuh dengan video yang dikongsikan.

Sumber: Instagram @gscmovies