
Vokalis dan juga penulis lagu kumpulan FUGO, Hakim Kamal mendedahkan ibunya menjadi individu pertama yang akan mendengar setiap lagu yang dihasilkannya sebelum karya berkenaan dipersembahkan kepada umum.
Artikel Berkaitan: FUGO Lancar Album 99 Teroka Lirik Bahasa Melayu, Bakal Jelajah 5 Negeri!
Artikel Berkaitan: Pamungkas, Bilal Indrajaya & Fugo Lengkapkan Panggung Purnama 2025, Janjikan Persembahan Istimewa
Rezeki

Ketika ditemui OhBulan!, Hakim berkata dia menjadikan cita rasa ibunya, Nor Azizah Alias, 70, sebagai kayu pengukur dalam menilai sesebuah lagu.
Katanya, dia mahu karya mereka dinikmati bukan sahaja pendengar daripada generasi sekarang malah turut mendapat tempat dalam kalangan pendengar yang lebih berusia dan kanak-kanak.
Saya sebagai penulis lagu, saya selalu akan kaitkan dengan apa yang ibu bapa saya suka.
Saya nak tahu ibu saya suka lagu macam mana dan kalau saya buat lagu saya akan bagi mereka dengar dan tanya, ‘Sedap tak lagu ni?’.
Ibu saya cakap, ‘Sedaplah macam zaman dulu-dulu’. Kita nak yang tu dan dalam masa yang sama ia telah membentukkan arah kumpulan ini.
Gaya muziknya dibuat supaya mudah didengar dan boleh dinikmati oleh ramai orang.
Hakim berkata demikian ketika ditemui pada sidang media 2 Konsert 2 Generasi 2026 di Odeon, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Hakim berkata didikan dan teguran ibunya banyak mempengaruhi pengisian lirik lagu-lagunya.
Disebabkan itu, dia sangat menitikberatkan mesej positif dalam setiap bait kata yang ditulis.
Kalau lagu tu lagu sedih ibu akan tanya, ‘Kenapa buat lagu sedih-sedih? Jangan buat lagu sedih-sedih’.
Dia tak bagi buat benda yang merepek. Jadi dengan didikan ibu, saya kena tulis benda yang positif sahaja supaya orang dengar tu boleh positif, orang yang nyanyi pun boleh positif.
Sebab kita nyanyi tu jadi ungkapan, ungkapan juga satu doa. Jadi, baik kita sebut benda yang baik daripada benda tak baik.
Sementara itu, Fai yang merupakan pemain keyboard untuk kumpulan itu berkata mereka tidak meletakkan kemenangan anugerah sebagai sasaran, sebaliknya hanya mahu para pendengar menghargai karya seni yang mereka hasilkan menerusi lagu-lagu yang dibawakan.
Fai berkata apa sahaja yang mereka terima merupakan hasil sampingan daripada usaha yang telah dicurahkan.
Kita buat (hasilkan) sahaja lagu dan kalau ada rezeki ke arah itu (anugerah), jalanlah.
Mungkin sebab itu juga kita tidak rasa makin popular ke apa ke sebab hasil kerja dan seni kita ada dalam lagu.
Lagu-lagu yang kita buat, sasaran hanya satu iaitu nak kongsi rasa kasih sayang yang orang boleh berempati dengan apa yang kita tulis dan sebagainya.
Bila ada yang dapat ‘rasa’, itu sudah cukup. Itu adalah satu kemenangan yang besar bagi kami.






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

