
Seorang doktor dermatologi yang dikenali sebagai Dr Lim Ing Kien memaklumkan jerebu boleh menyebabkan jerawat lebih mudah timbul selain menyebabkan liang pori tersumbat.
Artikel Berkaitan: Ahli Farmasi Kongsi 5 Makanan Punca Kulit Berjerawat & Cepat Kusam, Roti Putih Antara Penyebab
Artikel Berkaitan: Ahli Farmasi Nasihat Elak Beli Lima Jenis Makanan Di Bazar Ramadan – ‘Nasi Dagang, Ayam Bakar, Sosej & Nugget’
Jerebu punca jerawat

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Lim berkongsi beberapa tip penjagaan kulit, khususnya ketika musim jerebu.
Ya. Jerebu (PM2.5) boleh menyebabkan liar pori tersumbat, merosakkan lapisan pelindung kulit dan mencetuskan keradangan.
Saya mencadangkan supaya mencuci muka secara berulang kali setiap malam dan menggunakan pelembap yang mengandungi ceramide untuk menenangkan kulit.
Penjelasan itu diberikan sebagai respons kepada seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan keadaan kulitnya mengalami masalah jerawat walaupun tidak menukar produk penjagaan kulit yang digunakan.
Normal ke jerebu ini muka mula naik jerawat padahal rutin skincare tak tukar langsung?
Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata mengambil maklum mengenai tip penjagaan kulit yang dikongsikan oleh Dr Lim.
Sumber: Threads








