Seorang pempengaruh Nigeria meninggal dunia selepas mengalami komplikasi susulan menjalani prosedur kosmetik pembesaran zakar di Bangkok, Thailand.

Maut selepas buat pembedahan besarkan zakar

Igho ‘Tiny’ Ubiribo atau dikenali sebagai Ego, dilaporkan meninggal dunia pada Mac selepas menerima suntikan 40 mililiter asid hyaluronik dan lidocaine dalam prosedur berkenaan.

Ubiribo dilaporkan mengalami sakit dada sebelum rebah sebanyak dua kali ketika sedang diurut isterinya, Danielle Simba Allen, tidak lama selepas prosedur berkenaan.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sukhumvit sebelum disahkanmengalami pulmonary embolism, iaitu keadaan apabila darah beku menyekat aliran darah ke paru-paru dan boleh membawa maut.

Bagaimanapun, Ubiribo tidak sedarkan diri sebelum pemeriksaan imbasan CT dilakukan. Pasukan perubatan kemudian berusaha menyelamatkannya selama kira-kira 100 minit sebelum dia disahkan meninggal dunia pada awal pagi 6 Mac.

Pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan di United Kingdom turut menemukan bahan sel dalam paru-parunya yang konsisten dengan asid hyaluronik digunakan dalam prosedur tersebut.

Ubiribo yang mempunyai kira-kira 185,000 pengikut di Instagram dikebumikan di London pada Mei. 

Sumber: Bangkok Post