
Anggota kumpulan Alpha, Araff menafikan dakwaan bahawa dia bakal berehat daripada kumpulan tersebut buat sementara waktu bagi melanjutkan pelajaran.
Araff nafi bakal tinggalkan Alpha

Ketika ditemui OhBulan!, Araff atau nama lengkapnya Muhammad Amirull Hasraff Mohmmad Pilus mengakui terkejut dengan khabar angin tersebut.
Mengulas lanjut, Araff menegaskan dia tidak akan meninggalkan Alpha malah hubungannya dengan anggota kumpulan itu berada dalam keadaan baik.
Untuk menjawab persoalan itu tidaklah kot, saya rasa benda itu mungkin adalah propaganda, sebab saya pun tak baca dan tidak mengetahui tentang perkara itu.
Setakat ini hubungan saya dengan anggota Alpha yang lain pun alhamdulillah, baik dan anda semua di luar sana jangan risau.
Jangan mudah percaya dengan apa yang orang cakap atau beritahu terutamanya tentang khabar angin dan alhamdulillah saya masih di sini.
Araff berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25) pada Rabu.
Sementara itu, anggota Alpha, Ariel Fesol menyifatkan spekulasi sedemikian adalah perkara biasa yang berlaku sepanjang perjalanan mereka dalam industri muzik.
Saya rasa perkara ini normal. Kami sedang dalam perjalanan orang sedang melihat. Ada orang tak kenal secara peribadi akan buat spekulasi.
Ujarnya lagi, kumpulan itu tidak akan dapat ‘bergerak’ sekiranya salah seorang anggotanya meninggalkan Alpha.
Sepanjang setahun lebih dengan Alpha, tak pernah cakap tak ada masalah tapi untuk meninggalkan Alpha, tiada satu orang pun akan tinggalkan perjalanan ini.
Kenderaan kita berjalan menggunakan tujuh pemandu dan kalau kurang satu pemandu akan membataskan perjalanan kita.
Terdahulu, terdapat dakwaan di media sosial mengatakan Alpha bakal membawa haluan masing-masing selepas setahun berkecimpung dalam dunia seni.







