Pelakon Zara Zya, meluahkan rasa kesal apabila dirinya didakwa melakukan perubahan pada wajah hanya kerana penampilannya dilihat berbeza.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Orang Tak Payahlah Nak Mesej Menggatal, Tolong Hormat Isteri’ – Zara Zya

Artikel Berkaitan: ‘Ini Kali Pertama & Terakhir Saya Bawa Watak Penyondol..Bukan Takut Dibenci Tapi Untuk Diri Saya Sendiri’ – Zara Zya

Penjelasan Zara

Menerusi hantaran di Threads, Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, memaklumkan setiap kali muncul di acara, dia akan mengenakan solekan yang sesuai.

Pantang kalau saya nak melawa sikit, mesti ada yang cakap saya buat muka.

Kalau ada program, selalunya make up akan lebih tebal mengikut kesesuaian.

Menurut Zara, perubahan pada wajahnya adalah hasil daripada teknik solekan yang digunakan oleh juru solek.

Saya akan upah juru solek untuk tatarias muka saya yang biasa-biasa ini.

Bila sudah ditatarias, berubahlah sedikit wajah itu.

Tambah Zara, dia menafikan dakwaan melakukan perubahan pada bahagian hidung, sebaliknya ia hanyalah kesan solekan.

Tuduh saya buat hidung pula. Hidung saya ini memang ‘jambu air’ dari dulu sama sahaja.

Kena ‘shading’ jadi mancung terletaklah dia.

Sumber: Threads