Pelakon, Nora Danish mengakui bimbang melukakan hati insan lain tanpa sengaja ketika dirinya masih mencari cinta sejati.

Artikel Berkaitan: Nora Danish Terbuka Terima Cinta Baru, Dedah Suka Lelaki Beriman

Artikel Berkaitan: ‘Berubah Jadi Baik, Bukan Bermaksud Kita Dah Sempurna’ – Nora Danish

Hati

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, berkongsi tentang kerisauannya dalam perjalanan mencari cinta yang tepat tanpa menyakiti hati orang lain.

Menurutnya, perkara yang paling membimbangkan bukanlah jika dirinya terluka, sebaliknya perasaan bersalah sekiranya terpaksa mengecewakan seseorang yang benar-benar menyayanginya.

Kadangkala saya tertanya-tanya, berapa banyak hati yang mungkin saya lukai tanpa sengaja sebelum akhirnya menemui cinta sejati.

Saya tidak mahu terus bertemu dengan insan-insan yang baik hanya untuk menyedari bahawa mereka bukanlah orang yang tepat untuk saya.

Mungkin itulah perkara yang paling menakutkan saya tentang cinta, bukan soal terluka tetapi melukai seseorang yang benar-benar menyayangi saya.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai dengan rata-rata tampil memberikan pandangan mengenai cinta berdasarkan pengalaman dan perspektif masing-masing.

Sumber: Threads