
Pelakon dan usahawan, Abby Abadi mengakui sudah lama berdamai dengan takdir dan menelan segala ujian hidup termasuk episod perceraian dengan bekas suami serta tanggungjawab membesarkan anak-anak.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Kahwin 10 Kali Sekalipun, Nafkah Anak Tetap Tanggungjawab Norman’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: ‘Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi Bersama’ – Abby Abadi Bidas Komen Netizen
Berdamai dengan takdir

Abby, 49, bagaimanapun tidak menyangka segalanya berubah sehingga banyak isu dan konflik yang terjadi sejak kebelakangan ini membabitkan anak-anak dan bekas suami, Norman Hakim.
Anak-anak saya sudah besar, tiada langsung keinginan untuk kembali bersama dia. Saya sudah berdamai dengan takdir, sudah berbaik dengan mereka, macam keluarga tetapi berlaku perubahan besar yang saya sendiri tak jangka.
Dulu banyak perkara yang kita usahakan sama-sama, kami baik, saya mengalah banyak perkara. Namun apabila sekarang saya lihat anak-anak tidak menyebelahi saya, saya rasa macam dah lakukan satu kesilapan besar.
Saya tidak boleh nak kongsikan semua, tetapi apa yang saya luahkan itulah perasaan kecewa saya.
Abby berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual bersama Melodi.
Menurut Abby, hubungan dia dan Norman yang sebelum ini menunjukkan sinar untuk berbaik kini kembali renggang selepas dia menuntut nafkah tertunggak daripada Norman.
Puncanya sebab saya tuntut nafkah, dulu saya tidak tuntut. Saya tidak minta banyak, saya hanya minta yang tertunggak. Saya hanya minta tempat tinggal dan makan anak-anak sahaja, yang lain kira halal.
Sekarang dia sudah berkemampuan. Walaupun hubungan semakin renggang, tapi kebaikan dengan anak-anak dia masih berbuat baik.
Kalau saya tidak berbunyi, dia tidak bawa pun anak-anak saya berjalan ke luar negara. Dulu mungkin dia tidak berkemampuan, tetapi sekarang sudah mampu.
Ditanya mengenai kemungkinan untuk kembali berdamai, Abby mengakui buat masa ini dia tidak melihat jalan ke arah tersebut dan memilih untuk menyerahkan segalanya kepada Allah.
Saya tidak tahu, sekarang saya tidak nampak jalan. Saya berserah segalanya kepada Allah. Saya belajar daripada pengalaman. Saya pun tidak berharap mana-mana pihak datang berjumpa.
Saya biarkan sahaja perkara itu berlalu, jika tidak dapat selesaikan di dunia, kita jumpa di akhirat nanti.
Sumber: Melodi








