Karok Dapur adalah sebuah program realiti baharu daripada TV3, yang menampilkan kelainan iaitu mengetengahkan bakat masakan dan nyanyian dengan kerjasama jenama rampah ratus terkenal, BABA’S.

Artikel Berkaitan: Sid Murshid Akui Rindu Bidang Nyanyian, Kini Fokus Pada Masakan – ‘Kulinari Juga Adalah Seni’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sid Murshid Buat Coklat ‘From Scratch’, Netizen Seloroh Lebih Baik Beli Saja – ‘Hantar Sikit Rajin Tu’

Cabaran masak & nyanyian

@ohbulanofficial

Karok Dapur menggabungkan makanan dan muzik dalam format pertandingan realiti bersiri. Dua selebriti popular (Karok Star) bakal berentap secara 1 lawan 1 mengharungi pelbagai cabaran dalam menyediakan sajian sambil menyanyi secara serentak. Rancangan ini bakal menemui penonton bermula 27 September hingga 15 November 2026, setiap hari Ahad jam 7.30 malam di TV3 dan Tonton. #ohbulan #tv3 #karokdapur #kinitrending

♬ original sound – 🄿🄰🄺 🄼🄰🅃 🅃🄴🄼🄿🄴 – 🄿🄰🄺 🄼🄰🅃

Tampil lain dari yang lain, Karok Dapur menyaksikan setiap minggu dua selebriti popular (Karok Star) bakal berentap secara 1 lawan 1 mengharungi pelbagai cabaran dalam menyediakan dua sajian sambil menyanyi secara serentak mengikut masa yang ditetapkan.

Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM2,000, hamper eksklusif BABA’S serta trofi, sekali gus mara ke episod seterusnya menerusi format pusingan kalah mati (king of the hill).

Dua pemenang dengan kemenangan episod terbanyak akan berentap di Episod 8 (Finale) bagi merebut gelaran Juara Keseluruhan bernilai RM10,000, hamper eksklusif BABA’S serta trofi Juara Karok Dapur.

Berikut adalah antara cabaran yang perlu dilakukan oleh para peserta Karok Dapur:

Cabaran 1 (Pembuka Selera / Pencuci Mulut): Sebelum memulakan masakan, peserta perlu memilih Mystery Box tanpa mengetahui isinya. Bahan atau item di dalam kotak tersebut menjadi kekangan fizikal wajib yang perlu dipatuhi dan dipertahankan sepanjang segmen.

Cabaran 2 (Hidangan Utama & Karok Roulette): Semasa proses memasak hidangan utama sedang berlangsung, peserta akan memutar roda Karok Roulette. Peserta wajib menyanyikan lagu berdasarkan genre yang terpilih secara serentak sambil meneruskan masakan.

Cabaran 3 (The Menu Pitch – Freestyle Rap): Sebelum juri merasa hidangan, rentak hip-hop akan dimainkan di studio. Setiap peserta diberi masa 60 saat untuk melakukan freestyle rap bagi mempertahankan hidangan utama mereka, merangkumi profil rasa, proses memasak dan cerita di sebalik sajian.

Hos dan juri

Rancangan ini akan dikendalikan oleh pelakon terkenal Rozita Che Wan bersama dua juri iaitu cef selebriti Datuk Chef Ismail (Juri Kuliner) dan penyanyi popular Haqiem Rusli (Juri Vokal).

Chef Ismail bakal menilai rasa dan hidangan yang akan dimasak, manakala Haqiem akan menilai menerusi mutu nyanyian dan kreativiti persembahan para peserta.

Selepas pengumuman pemenang oleh hos, juara mingguan akan meraikan kemenangan dengan persembahan bertenaga menerusi Victory Encore.

Untuk info, rancangan ini bakal menemui penonton bermula 27 September hingga 15 November 2026, setiap hari Ahad jam 7.30 malam di TV3 dan di platform Tonton.