Perkongsian terbaharu yang dikongsikan oleh anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Maria Danisha Hakim telah mengundang perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian

Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

Trend di TikTok

Menerusi hantaran di TikTok, Maria dilihat menyertai trend yang sedang tular di platform tersebut.

Maria berkongsi foto adik-beradiknya ketika kecil dengan menggunakan lagu terbaharu penyanyi terkenal, Olivia Rodrigo yang berjudul ‘Honeybee’.

In the dark, I am not scared.

I just reach and you are right there.

Menurut Maria, adik-beradiknya merupakan tempat untuk dirinya bersandar kerana mereka sentiasa menjadi ruang selamat buat dirinya.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Maria.

Komen netizen

Sumber: TikTok