
Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza sekali lagi meraih perhatian selepas berkongsi momen penuh emosi apabila memilih beberapa kakitangan untuk menunaikan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Norman Hakim & Memey Suhaiza Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15 Di Istanbul
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Belum ‘Move On’ Dengan Norman Hakim, Kenyataan ‘Mama Meninggal Jangan Datang’ Dituju Kepada Semua Anak
Kongsi rezeki dengan pekerja
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Norman dan Memey memaklumkan kejutan tersebut ketika mesyuarat bulanan yang diadakan atas tujuan memastikan pelanggan sentiasa menerima perkhidmatan terbaik.
Menurut pasangan itu, suasana dalam bilik mesyuarat dipenuhi air mata apabila beberapa pekerja dipilih untuk menunaikan umrah.
Seperti biasa, setiap bulan kami adakan meeting bersama team untuk memastikan pelanggan sentiasa mendapat yang terbaik daripada kami.
Tapi kali ini, ada satu kejutan istimewa buat team yang dipilih untuk menunaikan umrah.
Satu bilik meeting terus bertukar menjadi tempat penuh air mata. Bukan kerana sedih, tetapi kerana terlalu sebak dengan rezeki dan kasih sayang yang Allah aturkan.
Difahamkan, ini merupakan tahun kedua Norman dan Memey membawa kakitangannya menunaikan ibadah umrah.
Dalam pada itu, pasangan tersebut turut meluahkan rasa syukur atas segala rezeki yang dikurniakan selain menghargai komitmen pasukan yang sentiasa berusaha bersama mengembangkan jualan produk.
Ini merupakan tahun kedua kami membawa team untuk menunaikan umrah.
Bila Allah izinkan, tiada yang mustahil. Terima kasih, Ya Allah, atas segala rezeki, kasih sayang dan nikmat yang dititipkan dalam keluarga ini.
Semoga setiap kebaikan yang dikongsi menjadi asbab lebih banyak keberkatan, rezeki dan kebahagiaan untuk semua. Alhamdulillah untuk segala-galanya.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] ‘Oksigen Di Singapura & Malaysia Juga Datang Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia](https://asset.ohbulan.com/2026/10/syahgan1.jpg)
