
Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen mencetuskan perdebatan susulan perkongsiannya yang didakwa memulakan provokasi terhadap pemain Malaysia dalam saingan FIFA ASEAN Cup 2026.
Artikel Berkaitan: Jennifer Coppen & Suami Cetus Perdebatan, Minum Minuman Keras Atau Air Sparkling?
Artikel Berkaitan: ‘Justin Buat Saya Jadi Diri Sendiri, Sabar Hadap Trauma & Setiap Duit Gaji Dibelanja Kepada Kami’ – Jennifer Coppen
Provoke pemain Malaysia?
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Jennifer meluahkan rasa bangga terhadap suaminya, pemain pertahanan skuad Garuda, Justin Hubner yang membantu Indonesia mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Bangladesh pada Khamis.
Selain itu, Jennifer turut berkongsi momen jaringan Hubner serta menitipkan ucapan buat suaminya pada ruangan kapsyen.
Sangat bangga dengan suami saya dan seluruh pasukan.
Doaku tak pernah putus untuk kamu suamiku. Awak telah kerja keras dan buktikan yang terbaik.
Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang reaksi kurang senang daripada sebahagian netizen Malaysia yang mendakwa Jennifer menyindir serta memulakan provokasi susulan persaingan sengit antara Indonesia dan Malaysia.
Dalam pada itu, terdapat netizen yang menyifatkan tindakan Jennifer sebagai kurang profesional serta tidak matang ketika meraikan kemenangan pasukan suaminya.
Netizen Malaysia kecam




Untuk rekod, Indonesia sebelum ini bertemu Malaysia dalam aksi FIFA ASEAN Cup 2026 pada 28 September lalu yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Dalam perlawanan tersebut, Hubner menjadi antara pemain yang meraih perhatian selepas melakukan aksi menyelamatkan gawang Indonesia pada penghujung permainan.
Sumber: Threads @jenniferHubner








