
Pelakon, Shima Anuar menafikan dakwaan bahawa harga kek berukuran enam inci yang dijualnya pada sekitar RM150 itu ditetapkan berdasarkan statusnya sebagai seorang artis.
Artikel Berkaitan: Shima Anuar Tuntut Hutang RM1.5 Juta, Tunggu Masa Nak Dedah Senarai Nama
Artikel Berkaitan: Shima Anuar Hilang Sabar, Dakwa Empat Pembantu Rumah Buat Kerja Sambil Lewa – ‘Anak Keluar Sampai Ke Pagar Seorang Diri’
Nafi
View on Threads
Menerusi komen di Threads, Shima atau nama sebenarnya, Noor Hashimah Anuar, 35, menjelaskan harga berkenaan ditetapkan berdasarkan kos bahan-bahan yang digunakan terutama yang melibatkan bahan berkualiti tinggi.
Menurut Shima, penggunaan bahan-bahan yang mahal serta dalam kuantiti yang banyak sememangnya menyebabkan harga jualan perlu ditetapkan pada kadar yang bersesuaian.
Bukan, harga saya bukan sebab artis atau apa-apa. Saya kira semua kos. Kek saya bukan pakai krim biasa atau kosong.
Bila bahan banyak dan mahal, takkan saya nak jual kek murah? Betul tak?
Mengulas lanjut, Shima berkata kebanyakan tempahan yang diterimanya datang daripada pelanggan tetap yang sudah beberapa kali mendapatkan kek buatannya.
Kebanyakan yang buat tempahan adalah pelanggan yang berulang. Kena tanya mereka kenapa buat pesanan semula.
Semua baker tidak pakai bahan yang sama, yang saya cakap ni pasal kek yang saya jual sahaja.
Baker lain saya tidak tahu macam mana.
Terdahulu, seorang individu mempersoalkan harga kek yang dijual Shima pada RM150 selain mendakwa kek berkenaan tidak boleh dibuat secara custom.
Dakwa individu itu, sekiranya harga sama dikenakan oleh baker biasa pastinya mengundang rasa terkejut dan persoalan dalam kalangan pelanggan.
Sumber: Threads








