Admin yakin ramai pembaca OHBULAN! memang mengikuti drama ‘Takdir Yang Tertulis’ ni. Mana taknya, baru sahaja beberapa hari ditayangkan, drama yang disiarkan di TV3 ini mula menjadi bualan di Twitter. Sekaligus menjadi trending nombor 1! Hebat.
Apa yang menariknya, kisah ini menampilkan plot twist yang mendebarkan atau lagi tepat menyakitkan hati! Dan semestinya pujian harus diberikan kepada barisan pelakon yang memang terbaik, terutamanya Nad Zainal dan Nazim Othman.
Sejujurnya admin pun dah lama tak tonton drama Melayu yang mempunyai plot twist hebat seperti drama ‘Takdir Yang Tertulis’ ni.
Sinopsis drama ‘Takdir Yang Tertulis’
Drama sarat dengan konflik ini mengisahkan Juweta (Nad Zainal ) dan Azlan (Nazim Othman), sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga.
Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan yang bekerja bersamanya.
Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Malah, sahabatnya sendiri , Ruhila (Elvina Mohamad) telah mengkhianatinya dengan cara yang paling kejam – iaitu menjadi madunya!
Tapi, siapa pula Ean (Alvin Chong) dalam konflik mereka? Apakah pengakhiran jalan cerita ‘Takdir Yang Tertulis’ ini?
Antara komen di Twitter
Admin tak nak lah bagi spoiler lebih-lebih dekat korang, tapi buat korang yang masih belum menonton drama penuh konflik ni, pastikan melekat di depan televisyen masing-masing tepat pada jam 10 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis!