
Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil mengulas isu membabitkan hubungan Malaysia dan Indonesia yang kembali menjadi perhatian selepas timbul kontroversi melibatkan seorang pelakon Indonesia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wajah Seiras Arwah Ayah, Sharnaaz Ahmad Santuni Dua Beradik Undang Sebak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Pernah Murung Ketika Proses Cerai, Percaya Setiap Ujian Ada Penawar
Kita nak serumpun

Menerusi hantaran video di akaun Instagram miliknya, Sharnaaz, 41, menegur tindakan seorang pelakon Indoensia dan segelintir pihak yang mencetuskan provokasi sehingga mengeruhkan lagi hubungan antara dua negara serumpun itu.
Menurut Sharnaaz, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, namun berharap isu berkenaan tidak diperbesarkan.
Jangan disebabkan oleh hang seorang, kami macam aku, Yayan, Iko Uwais, Kang Cecep, kami ni berkawan dah lama.
Jangan benda-benda macam ni merosakkan kami punya hubungan. Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia adalah industri nusantara.
Aku tak salahkan netizen Indonesia sahaja, Malaysia pun sama yang kadangkala over juga. Kalau nak cari salah siapa, isu ini tak akan selesai.
Pelakon filem Blood Brothers ini juga berpandangan Malaysia dan Indonesia sepatutnya saling menyokong serta berkongsi budaya sebagai negara serumpun berbanding terus berbalah mengenai perkara yang telah berlaku.
Cuba kalau Malaysia dengan Indonesia ni bergabung, kan lagi bagus.
Kita boleh berbual dengan baik, kita boleh berkongsi budaya bersama, daripada kita nak bergaduh macam ni.
Sharnaaz pada masa sama mengakui kedua-dua negara mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun mengingatkan agar tiada pihak melampaui batas.
Indonesia ada kebaikan dia, Malaysia ada kebaikan dia. Dua-dua pun ada keburukan dia.
Terimalah perbezaan dan kekurangan masing-masing, okay. Tapi jangan persoalkan agama, bangsa dan budaya.
Jangan cabar, semuanya ada batas.
Sebelum ini, seorang pelakon Indonesia iaitu Boy Hamzah mengulas itu boikot oleh rakyat Malaysia terhadap jenama kosmetik Indonesia iaitu, Kahf.
Boy kemudian membandingkan jumlah penduduk Malaysia yang dianggarkan seramai 34 juta orang dengan Indonesia yang mempunyai kira-kira 288.5 juta penduduk.
Berdasarkan perbezaan itu, Boy mendakwa tindakan boikot yang dilakukan rakyat Malaysia tidak akan memberi impak besar kepada jenama terbabit.
Malah, Boy turut menyentuh soal sejarah dengan mendakwa Malaysia tidak akan wujud tanpa Indonesia.
Sumber: Instagram








