Tindakan pasangan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi, Bella Astillah menghargai peminat dengan mengadakan majlis beramah mesra selepas majlis pernikahan mereka mengundang pujian dalam kalangan ramai.

Artikel Berkaitan: Tak Lekang Dengan Buku Nota, Gelagat Syed Saddiq Curi Perhatian Netizen – ‘YB Nak Catat Apa Tu?’

Artikel Berkaitan: Pernah Doakan Bella Astillah & Syed Saddiq Berjodoh, Individu Tunai Puasa Nazar – ‘Masa Umrah Nanti Nak Sujud Syukur’

Artis hargai peminat

View on Threads

Gambar kredit: Laskar Sonas

Menerusi perkongsian di Threads, kelab peminat pasangan itu yang dinamakan sebagai BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) menzahirkan rasa syukur apabila majlis itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan orang ramai terhadap pasangan itu.

Menurutnya, kebiasaannya majlis beramah mesra bersama peminat diadakan selepas selesai semua majlis namun pasangan itu memilih pendekatan berbeza.

Belum pernah lagi mana mana artis buat majlis resepsi bertemu dan beramah mesra dengan peminat sehari selepas majlis nikah.

Biasanya majlis dengan peminat akan dibuat akhir sekali selepas semua majlis selesai.

Tapi begitulah seorang Bella dan Saddiq yang sentiasa menghargai semua peminat yang dah memberi sokongan dari awal sehingga hari ini.

Difahamkan, majlis itu turut dihadiri peminat dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, yang hadir bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap pasangan berkenaan.

Ramai yang datang dari jauh, ada dari Brunei, Singapore, Sabah dan Sarawak selain dari seluruh negeri di semenanjung Malaysia.

Terdahulu, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada pagi Sabtu.

Sumber: Threads