
Pelakon Nora Danish menyorot perhatian apabila berkongsi satu hantaran individu di Threads yang menyatakan hasrat untuk mencari calon isteri kedua buat suaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Tak Berhenti Doa, Masih Berharap Dapat Jodoh Beriman – ‘Saya Tak Pernah Tutup Hati’
Artikel Berkaitan: Nora Danish Titip Pesan Buat Wanita – ‘Cari Suami Mampu Bimbing, Faham Agama & Berusaha Mengamalkannya’
Isteri kedua

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu yang tidak didedahkan identiti itu menyifatkan suaminya seorang yang beriman.
Individu berkenaan turut mengajak Nora, 44, untuk menjalani proses taaruf dengan suaminya.
Suami saya beriman dan sangat baik.
Saya sedang mencari jodoh kedua buat suami saya.
Jika Nora sudi berta’aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati.
Ciapan itu turut menyentuh hati Nora apabila pelakon berusia 44 tahun berkenaan meluahkan rasa sebak mengenangkan pengorbanan seorang isteri yang sanggup memberi ruang kepada suaminya untuk berkahwin lagi.
Tak tahu nak rasa apa.
Kalau ini benar, sayunya hati. Ada juga isteri sebaik ini.
Sumber: Threads








