![[VIDEO] Mahalini Manis Berhijab Ketika Jayakan Persembahan Di Aceh](https://asset.ohbulan.com/2026/10/IMG_1937.jpeg)
Penampilan penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini yang berhijab semasa melakukan persembahan baru-baru ini telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Rizky Febian Titip Ucapan Romantis Buat Mahalini Sempena ‘Anniversary’ Ke-2 – ‘Kamu Wanita Kuat, Hebat’
Mahalini berhijab

Menerusi hantaran peminat di TikTok, Mahalini dilihat sedang mendendangkan beberapa buah lagu popularnya di sebuah acara di Aceh.
Pada malam persembahan tersebut, Mahalini kelihatan anggun mengenakan pakaian dan hijab berwarna coklat.
Difahamkan penampilan berhijab yang digayakan Mahalini adalah bersesuaian dengan peraturan dan syariat Islam yang diamalkan di tempat tersebut.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelantun lagu Bohongi Hati itu dibanjiri dengan pujian oleh warganet kerana penampilannya.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Mahalini akan terbuka hati untuk terus memakai hijab.
Sumber: TikTok








