
Di sebalik kejayaan seorang selebriti, pastinya ada barisan peminat setia yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan dalam setiap langkah perjalanan kerjaya mereka.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Penyanyi Berentap Untuk ‘Penyanyi Gen Z Paling Viral’! Alpha, Umairah & Wani Kayrie Antara Pencabar
Tentera!

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kembali dengan 15 kelab peminat selebriti tanah air yang sentiasa teguh berdiri di belakang artis kesayangan masing-masing.
Persaingan kali ini pastinya lebih menarik apabila kesemua kelab peminat berpeluang merebut gelaran Kelab Peminat Paling Viral OBPVO 2.0, yang bakal ditentukan menerusi undian 100 peratus daripada peminat.
Berikut merupakan senarai 15 calon Kelab Peminat Paling Viral:
- SitiZoner – Datuk Seri Siti Nurhaliza
- Alphanites – Alpha
- Trace Stars – Tracie Sinidol
- BASS – Bella Astillah & Syed Saddiq
- Raingers – Hujan
- Ainations – Aina Abdul
- Kinger Fear – Amir Ahnaf
- Daiyanation – Daiyan Trisha
- Lucky Fighters – Nadhir Nasar
- Erystars – Erysha Emyra
- Idola Ultras – Dolla
- Fazbulous Warrior – Fazura
- Jazmy Khannerz – Jazmy Juma
- Aishalicious – Aisha Retno
- Mirac Legacy – Mira Filzah
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!








