Perkongsian video yang memaparkan momen mesra antara maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS dengan anak perempuannya mencuri perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tok Ram Perjelas Sebab Alyah Tak Sertai GV – ‘Takut Ada Conflict Of Interest Nanti’

Artikel Berkaitan: Netizen Geli Hati, Tok Ram Masuk ‘Live’ Alyah Jual Tudung

Bapa & anak

View on Threads

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh isterinya, penyanyi Datin Alyah berkongsi beberapa momen manis yang memaparkan Ramli MS melayani anak angkatnya yang dikenali Nur Izzara.

Dalam perkongsian itu, Alyah turut berseloroh mengenai kemesraan suaminya bersama anak angkat mereka yang mencuit hati.

Ada kala sakit juga mata kita ya bila mereka berdua ni berkepit sahaja.

Hantaran itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur melihat sisi penyayang Ramli MS ketika meluangkan masa bersama Izzara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa cinta pertama seorang anak perempuan ialah bapanya.

Komen netizen

Sumber: Threads