Sekadar gambar hiasan
Di Nashville, Amerika Syarikat, seorang Youtuber yang dikenali sebagai Timothy Wilks, telah ditembak mati ketika merakam content bagi saluran YouTube miliknya. Difahamkan, content tersebut kononya dia akan melakukan rompakan atau prank yang akan dimuat naik di laman tersebut.
Rakam untuk saluran sendiri
Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, mangsa yang berusia 20 tahun, ditembak di Taman Kembara pada jam 9.25 malam Jumaat yang lalu. Lapor Pejabat Polis Metropolitan Nashville, seorang pengunjung, dikenali sebagai David Starnes Jr, mengaku telah menembak Wilks kerana menyangkakan dirinya dan orang ramai di kawasan tersebut berada dalam keadaan bahaya.
Difahamkan, mangsa (Wilks) dan rakannya ketika itu telah menghampiri beberapa orang, termasuk David sambil mengacukan pisau.
Siasatan masih dijalankan
Sekadar Gambar Hiasan
Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap Starnes jika tandakannya menembak Wilks atas tujuan dengan sengaja atau bagi menyelamatkan dirinya. Terdahulu, pasangan adik beradik Stokes telah didakwa di mahkamah berkaitan aksi rompakan yang dirakam oleh mereka.
Video penuh
https://www.youtube.com/watch?v=sDeZJOdOF0Y
Bahkan, video tersebut juga dimuat naik di laman YouTube. Menerusi video berdurasi satu minit 44 saat, itu memaparkan tindakan Wilks yang mengacukan pisau kepada salah seorang yang berada di dalam kedai serbaneka itu. Namun, lelaki itu sama sekali tidak mengetahui tindakan Wilks hanya prank semata-mata demi content YouTubenya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih 25 ribu tontonan sejak dimuat naik pada semalam menerusi satu akaun yang dikenali sebagai Omooba Films.
Sumber: The Sun