
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mencuri perhatian apabila namanya ditemui dalam buku teks yang pernah digunakan semasa zaman persekolahan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anom Suraya Akan Sentiasa Hidup Dalam Hati Saya’ – Daiyan Trisha
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Sokong Guna AI Untuk Hasilkan Lagu, Ramai Belum Diberi Peluang Serlahkan Bakat’ – Daiyan Trisha
Random yang best

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menggunakan buku teks yang pernah dimiliki Daiyan.
Mengulas perkara itu, Daiyan turut meluahkan rasa teruja apabila mengetahui buku yang tertera namanya itu pernah digunakan oleh orang ramai ketika zaman persekolahan.
Saya pulak yang rasa teruja korang guna buku teks saya dulu masa sekolah.
Gila, masa saya form 5 kot.
Random yang best!
Dalam pada itu, nama Daiyan turut mendapat pujian kerana dianggap unik dan antara nama paling menarik sebelum kemunculan nama-nama generasi Z dan Alpha.
Pelakon siri drama Projek; Anchor SPM itu turut mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli ketika kecil kerana namanya, namun kini berbangga dengan nama tersebut.
Terima kasih awak!
Masa kecil dulu kadang-kadang saya kena buli sebab nama saya, tak tahu kenapa.
Namun kini, saya sangat bangga membawa nama ini.
Sekadar info, Daiyan Trisha mendapat pendidikan menengah di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Selepas tamat SPM, dia melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di UiTM sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari IUKL.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)