![[VIDEO] ‘Jauh Di Sudut Hati, Terus Terang Saya Rindukan Suasana Macam Dulu’ – Rahim Sepahtu](https://asset.ohbulan.com/2026/10/rahim56.jpg)
Pelawak dan penyampai radio Rahim Sepahtu, mengakui merindui jalinan persahabatan dan kerjasama yang telah lama terbina antara ahli kumpulannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rahim Sepahtu Perjelas Soal Bayaran Program Realiti – ‘Persetujuan Secara Individu..Yang Pastinya Tidak Sama’
Artikel Berkaitan: Jep Beri Respon Permohonan Maaf Shuib – ‘Ketika Kau Keluarkan Video Ini, Aku Telah Ambil Tindakan Undang-Undang’
Persahabatan yang lalu
Menerusi perkongsian di audio siar Sembang Seram, Rahim atau nama lengkapnya Rahim Mat Ali, 56, percaya kepada rezeki dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Apa sahaja kemungkinan..malah semua kemungkinan boleh berlaku. Mungkin saya pun akan berpecah, mungkin Allah kata rezeki saya dengan Sepahtu sampai sini sahaja.
Atau mungkin akan kembali bersama Shuib, kemungkinan itu tetap ada sebab dengan kehendak Dia juga.
Menurut Rahim, kerinduan terhadap ahli kumpulannya itu adalah kerana keserasian antara mereka terutama ketika melakukan persembahan jenaka.
Kita pun tak sangka kumpulan ini akan berpecah. Cuma jauh di sudut hati saya ini, memang terus terang saya katakan saya rindukan suasana macam dulu.
Sebab chemistry antara kami bertiga sangat gila. Sebelum bercakap lagi, saya sudah tahu apa yang hendak dikatakan dan apa yang akan saya respon.
Permainan itu kita sudah tahu, itu yang membuatkan kita bertahan sebegitu lama. Peminat pun inginkan lawak-lawak sebegitu.
Bagaimanapun, Rahim menegaskan bahawa dia tidak layak untuk mengulas mengenai persengketaan antara Jep dan Shuib, atau menyatukan mereka semula kerana memahami situasi masing-masing.
Tapi saya bukan orangnya, malah tidak layak menjadi wakil untuk menceritakan tentang permasalahan mereka.
Yang lebih faham dan tahu adalah mereka, saya tidak berada dalam situasi itu dan tak duduk dalam ‘kasut’ mereka. Jadi tidak adil untuk saya cakap, ‘kena baik baliklah.’
Dalam pada itu, Rahim berkata, sebagai teman rapat kepada Jep dan Shuib, dia tetap mendoakan agar perbalahan di antara mereka dapat menemui jalan penyelesaian yang baik.
Hanya yang tahu masalah sebenar adalah mereka berdua. Setiap orang ada prinsip hidup yang mereka pegang jadi ada benda yang tidak boleh untuk kita pertikaikan, sebab hanya mereka sahaja yang tahu.
Saya sentiasa berdoa perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang sangat berhemah dan tenang. Apa sahaja keputusannya saya harap yang terbaik.
Terdahulu, Shuib tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya kerana didakwa menyindir Jep di dalam sebuah episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.
Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib dan Mamat yang didakwa membangkitkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka dan meminta dua pelawak itu untuk berhenti menggunakan sentimen persahabatan sebagai konten.
Sumber: Podcast Sembang Seram





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)