Kredit foto: Budak Tadika

Nasihat yang dititipkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kepada anak tirinya iaitu Ayden Adrean mengenai cara menyantuni masyarakat dan orang awam telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Larang Panggil Ara Dengan Gelaran ‘Tempoyot’

Pesanan Syed Saddiq

Screenshot

Pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, memberikan pesanan itu kepada Ayden semasa majlis Kenduri Rakyat yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Menurut Saddiq, sebagai figura yang dikenali, Ayden juga perlu menghargai kehadiran orang ramai dengan memberi layanan yang baik kepada mereka.

Ayden kena biasakan diri, kena jadi orang yang baik dan ramah.

Kalau orang nak ambil gambar, senyum dan tanya khabar.

Bukan itu sahaja, bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut berkata, setiap individu yang hadir juga sanggup bersusah payah demi meraikan mereka sekeluarga.

Kadang kala kalau mummy dengan daddy penat pun..sebab ada orang datang dari jauh dan berpanas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji didikan Syed Saddiq terhadap Aryan kerana memainkan peranan yang betul sebagai seorang bapa.

Untuk info, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu. 

Sumber: Threads