Selepas tiga tahun berehat daripada dunia seni, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya kembali dalam bidang lakonan apabila menerima tawaran untuk membintangi sebuah projek baharu.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Terima Ugutan Bunuh, Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Saya Dah Cukup Bersabar’

Artikel Berkaitan: ‘Dua Hari Dekat Paddock, Kenal Bau Dia’ – Petugas F1 Puji Perfume Intan Najuwa, Riena Diana ‘Spill’ Jenis Wangian

Kembali berlakon

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, mengakui teruja untuk kembali berlakon meskipun mengakui berasa sedikit gementar selepas sekian lama berehat daripada dunia seni.

Selepas 3 tahun tidak berlakon, akhirnya saya bersetuju untuk menyertai projek baharu!

Rasa agak gementar, tetapi sangat teruja untuk kembali.

Menjengah ke ruangan komen, pelakon dan pengarah Aziz M Osman turut meninggalkan komen memuji Intan sebagai antara anak seni yang berbakat.

Salah seorang pelakon yang berbakat dan sangat mudah bekerjasama.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian orang ramai apabila rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan semula Intan di layar kaca.

Komen netizen

Sumber: Threads