
Pelakon, Tony Eusoff tampil memberikan pandangan berhubung isu melibatkan pelakon, Zahirah MacWilson mengenai sambutan Halloween, Krismas dan Easter yang mengundang rasa kurang senang komuniti Kristan.
Artikel Berkaitan: Tony Eusoff Terkilan Kes Lama Diungkit Netizen – ‘Saya Pernah Berhutang Kat Awak Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tony Eusoff Mahu Bawa Watak Orang Kampung, Berbaju ‘Simple’ – ‘Celah Gigi Saja’
Saling memaafkan
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Tony atau nama sebenar Anthony Joseph Hermas Rajiman, 49, menyeru orang ramai agar tidak terlalu mengambil hati dengan perkara tersebut.
Tambahnya, Zahirah mungkin tersilap dalam menyampaikan kenyataannya namun setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Saya nak kongsi tentang isu terkini. Apa yang dilontarkan oleh Zahirah MacWilson.
Sebagai seorang yang beragama Christian, saya nak bagitahu kepada semua agar jangan lah begitu terasa hati sangat.
Ya betul Zahirah terlanjur kata tapi tiada manusia yang bebas daripada kesilapan. Orang yang mati saja tak buat silap.
Dalam pada itu, Tony turut mengingatkan bahawa sebagai individu yang berpegang teguh kepada kepercayaan masing-masing seharusnya tidak mudah tersinggung dengan perkara kecil.
Ujarnya lagi, Zahirah sudah tampil memohon maaf atas perkara yang berlaku, justeru berharap agar orang ramai tidak terus memanjangkan isu berkenaan.
Jadi lebih baik kita move on. Sebab kalau iman kuat, kita tidak akan tersinggung dengan perkara-perkara kecil sebegini.
Sebagai orang yang beriman, kita harus percaya pada tuhan. Zahirah pun sudah minta maaf, jadi kita terima saja.
Terdahulu, Zahirah mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan mengenai sambutan beberapa perayaan termasuk Krismas, Easter dan Halloween yang disifatkannya sebagai sukar difahami.
Malah, dia turut mempersoalkan beberapa amalan sepanjang sambutan tersebut, antaranya kanak-kanak mengenakan kostum tertentu, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.
Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyifatkan kenyataan Zahirah sebagai tidak sensitif kerana menyentuh amalan dan kepercayaan penganut agama lain.
Sumber: Threads








