
Penyanyi, Wani Kayrie telah mengharumkan nama Malaysia ke pentas antarabangsa pada acara ABU Song Festival ke-15 yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka, pada 2 November lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wani Kayrie Terkejut Dikaitkan Bakal Kahwini Afieq Shazwan – ‘Tiada Komen’
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Tak Sangka ‘Jangan Jangan’ Kembali Tular Selepas 11 Tahun – ‘Lagu Tuah Saya’
Irama Malaysia dipersada antarabangsa!

Lebih membanggakan, Wani menjadi satu-satunya artis yang dipilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membuat persembahan di festival berkenaan sekali gus membuka peluang memperkenalkan keunikan muzik dan budaya tempatan kepada penonton luar negara.
Pemilihan itu juga menjadi satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan seni Wani, lebih-lebih lagi selepas kejayaannya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) menerusi lagu Cak Cak Cekuk.
Malah, lagu yang menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden itu yang telah dipersembahkan kepada penonton antarabangsa menggunakan konsep persembahan yang sama seperti di AJL40.
Mengulas mengenai pemilihannya, Wani menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghormatan besar kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab membawa nama Malaysia.
Saya sangat bangga kerana dipilih mewakili Malaysia tahun ini. Saya tahu pemilihan seperti ini mengambil kira pencapaian tertentu seseorang artis, saya menganggap sebagai satu peluang dan penghargaan yang sangat istimewa daripada RTM.
Saya berharap peluang ini dapat membantu saya mengetengahkan bakat yang ada, di samping membawa keunikan budaya kita ke peringkat antarabangsa.
Saya mahu penonton di sana melihat keistimewaan muzik dan budaya Malaysia menerusi persembahan yang saya bawakan.
Mengulas lanjut, Wani berkata persiapannya kali ini lebih tertumpu kepada penyesuaian gerak tari penari serta pemilihan kostum tanpa mengubah konsep asal lagu tersebut.
Persiapan kali ini boleh dikatakan sederhana kerana kami masih mengekalkan konsep ‘Cak Cak Cekuk’ seperti di AJL40. Cuma, terdapat perubahan dari segi gerak tari persembahan, kostum penari dan pakaian saya.
Bagi saya, penting untuk mengekalkan identiti lagu ini sambil memberikan sentuhan yang bersesuaian dengan pentas antarabangsa.
Saya berharap gabungan muzik, penampilan dan warna yang diketengahkan dapat menyerlahkan budaya Malaysia dengan cara yang menarik.
ABU Song Festival merupakan acara yang menghimpunkan penyanyi dari rantau Asia Pasifik bagi meraikan kepelbagaian muzik dan budaya setiap negara menerusi persembahan di pentas antarabangsa.
Undi OBPVO2.0

Dalam perkembangan lain, Wani tercalon dalam dua kategori di OhBulan! Paling Viral Online 2.0 iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral dan Lagu Paling Hot (Cak Cak Cekuk).
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!







![[VIDEO] Divo M Nama Baharu Diva M, Akui Sayang Tinggalkan Identiti Lama – ‘Biar Jadi Kenangan’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/DIVO-M.jpg)
