
Pendakwah selebriti, Da’i Syed, tidak dapat menahan sebak dalam kandang tertuduh apabila Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara terhadapnya berhubung kes rogol membabitkan seorang wanita pada 2019.
Artikel Berkaitan: Jurusolek Bongkar Mesej Dengan Da’i Syed, Dakwa Pernah Disuruh ‘Check In’ – ‘Masa Tu Dia Dengan Isteri Bercuti Di Pulau Pinang’
Artikel Berkaitan: Selepas Peristiwa Ogos 2024, Dia Solat Di Awal Waktu, Buat Amalan Setiap Hari & Tak Henti Minta Keampunan Allah’ – Adik Da’i Syed
Dai Syed dilepas, dibebaskan

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu menyaksikan Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan selepas panel hakim menerima rayuan akhirnya menerusi keputusan majoriti.
Dua daripada tiga hakim yang bersidang, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, bersetuju untuk membenarkan rayuan tersebut, manakala seorang lagi hakim, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, tidak sependapat.
Datuk Azman Abdullah yang mengetuai panel berkenaan menjelaskan bahawa hujah pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesalahan yang dipertuduhkan.
Sabitan terhadap perayu adalah tidak selamat, rayuan perayu dibenarkan, hukuman pemenjaraan 10 tahun tiga sebatan oleh mahkamah tinggi diketepikan.
Difahamkan,isteri Da’i Syed iaitu Hana Ismail, yang berada di galeri awam menitiskan air mata sebaik mendengar keputusan tersebut.
Untuk rekod, Da’i Syed didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah bilik kondominium di I-City, Seksyen 7, sekitar jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.
Dia mengaku tidak bersalah pada 10 Disember 2020 terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskannya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan rayuan pendakwaan dan mengarahkannya membela diri sebelum dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan pada 30 Ogos 2024.
Selepas 21 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Da’i Syed dibebaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan utamanya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.
Sumber: Harian Metro







![[VIDEO] Divo M Nama Baharu Diva M, Akui Sayang Tinggalkan Identiti Lama – ‘Biar Jadi Kenangan’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/DIVO-M.jpg)
