
Pelakon, Erysha Emyra menyimpan hasrat untuk bergandingan dengan ibunya yang juga aktres, Datin Seri Noniswara dalam sebuah naskhah pada masa akan datang.
Artikel Berkaitan: Erysha Emyra Diserang ‘Panic Attack’ Selepas Lihat Momen Sofea Shra Dinikahkan Bapa – ‘Saya Tak Dapat Rasa Begitu’
Bergandingan bersama

Erysha atau nama lengkap Nur Erysha Emyra, 26, berkata, meskipun belum menerima sebarang tawaran rasmi, namun ada beberapa pihak produksi yang pernah menyuarakan hasrat untuk menggandingkan mereka berdua.
Tawaran yang betul-betul datang untuk kami bergandingan itu tiada lagi, tetapi ada lah juga pihak produksi cakap-cakap mahu gandingan saya dengan mama.
Cuma sehingga sekarang belum ada rezeki untuk kami berdua bersama dalam sebuah naskhah. Saya berharap juga satu hari nanti dapat berlakon dengan mama sendiri.
Erysha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama terbaharunya, Bayangan Dendam yang berlangsung di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Erysha mengakui teruja membayangkan peluang untuk berkongsi layar bersama ibunya memandangkan mereka belum pernah bergandingan dalam mana-mana karya sebelum ini.
Sekiranya kami bergandingan, pasti seronok. Sebab tak pernah, teringin juga nak berlakon dengan mama.
Dalam perkembangan lain, Erysha kini membintangi drama Bayangan Dendam yang mengandungi 12 episod. Selain Erysha, naskhah tersebut turut menampilkan Nadhir Nasar, Sophia Albarakbah, Yusuf Bahrin, Mia Nasir dan ramai lagi.
Undi OBPVO2.0

Sementara itu, kelab peminat Erysha yang dikenali sebagai Erystars tercalon sebagai Top 15 kategori Kelab Peminat Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online 2.0.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!







![[VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-syukri.jpg)
