
Penyanyi rap, Kmy Kmo berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika mengimamkan solat jenazah Allahyarham bapanya yang meninggal dunia pada bulan lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Abah Bergantung Pada Mesin’ – Kmy Kmo Kongsi Keadaan Bapa, Adik-Beradik Bergilir Jaga Di Hospital
Artikel Berkaitan: Kenapa Artis Malaysia Kini Semakin Berani Angkat Budaya Nusantara? Ini Jawapan Kmy Kmo & Luca Sickta
Imamkan solat jenazah bapa

Menerusi perkongsian di Threads, Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim mengakui dirinya turut berasa sebak ketika mengimamkan solat jenazah insan tersayang.
Bagaimanapun, dia bersyukur apabila Allah SWT mengurniakan ketenangan dan kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut meskipun hatinya sedang bersedih.
Teringat sewaktu saya sendiri imamkan solat jenazah arwah Abah bulan lepas, nak ikutkan kelemahan yang ada pada seorang manusia yang bergelar hamba, lutut pun rasa longlai, hati terasa padat, mata sentiasa bergelinang.
Tapi asbab Allah Yang Maha Esa, semuanya menjadi tenang, bersemangat dan kusyuk demi insan tercinta yg terbaring di hadapan kita.
Saya juga mendoakan semua anak-anak lelaki khususnya generasi-generasi baru lebih ramai berbakti hingga ke akhir hayat ibu ayah masing-masing. Allahumma Aminn.
Sekadar info, bapa kepada Kmy Kmo, Mohamed Azmaili Ismail, meninggal dunia pada 23 Oktober lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.
Allahyarham difahamkan meninggal dunia akibat serangan jantung kronik serta komplikasi kesihatan selepas menjalani rawatan dialisis selama hampir 23 tahun.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Kak KM Belum Sedia Tunai Haji, Luah Hasrat Untuk Bertudung – ‘Tak Sesuai Hajah Dengan Imej Macam Ini’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/kak-km-asni.jpg)