
Pelakon dan pengacara, Didie Alias mendedahkan hubungannya dengan aktres Amyza Aznan kini semakin renggang apabila mereka sudah hampir tiga bulan tidak berhubung.
Artikel Berkaitan: Didie Alias Nafi Gaduh Dengan Amyza Aznan – ‘Saya Bukan Buat Untuk Dapat Balasan’
Artikel Berkaitan: ‘Amyza Nak Bawa Andre Balik Rumah, Tapi Saya Halang’ – Didie Alias
Mungkin dia ada jawapan

Ketika ditemui OhBulan!, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, tidak menafikan situasi tersebut mengundang rasa sedih memandangkan mereka sebelum ini mempunyai hubungan yang cukup rapat.
Menurutnya, perselisihan faham itu tercetus apabila niatnya untuk membantu Amyza disalahertikan sehingga dia dianggap terlalu mencampuri urusan peribadi aktres berkenaan.
Saya agak kecewa, tetapi tidak mengapa. Mungkin dia ada jawapannya sendiri dan saya rasa biarlah dia yang menjawab mengenai apa yang sedang berlaku sekarang.
Saya sedih sebab hubungan kami sudah macam darah daging. Jadi, apabila kita bercakap dan berniat memberi nasihat, kita pula dikatakan kononnya terlalu sibuk mengambil tahu hal orang sehingga mungkin ada pihak yang membenci saya.
Saya sudah buat sehabis baik dan cuba membantu apa yang termampu. Keputusan kini berada di tangan dia. Jadi, saya terpaksa ‘tarik handbrake’.
Maksudnya urusan berkaitan anak, suami dan keluarganya, biarlah dia uruskan sendiri. Saya tidak mahu ambil tahu lagi.
Didie berkata demikan ketika ditemui dalam acara Mini Creators Fiesta ABPBH 38 di Ombak KLCC, pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai konflik yang berlaku, pelakon filem The Real Mamu itu memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci punca sebenar perselisihan faham tersebut.
Sebaliknya, dia berpendapat bahawa Amyza lebih layak memberikan penjelasan kerana aktres itu lebih mengetahui apa yang berlaku antara mereka.
Bagi perkara berkaitan dia, rasanya lebih baik dia jawab sendirilah dengan rakan media. Kalau tanya saya pun, jawapan ada pada dia dan bukan pada saya.
Dia yang lebih tahu. Tetapi saya okey sahaja dan tiada perasaan serik dalam diri. Sebenarnya dengan semua orang, saya layan dengan baik.
Pada masa sama, Didie turut gembira melihat Amyza tercalon dalam ABPBH38, sekali gus membuktikan pelakon berpengalaman seperti mereka masih relevan dalam industri seni.
Malah saya seronok melihat dia juga tercalon dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular. Semua geng lama bersaing dalam kategori yang sama.
Rasa macam bukan hendak bertanding pun, sebaliknya rasa macam hendak sibuk berborak sahaja.
Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak penganjur. Kami yang tercalon ini semuanya geng-geng lama dan ini membuktikan kami masih lagi relevan dalam industri seni.
Sekadar info, Didie dan Amyza masing-masing tercalon dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-38 (ABPBH38).
Undian bagi kategori tersebut dibuka dari 16 November hingga 6 Disember 2026 menerusi laman rasmi ABPBH, manakala malam kemuncak anugerah dijadualkan berlangsung pada 12 Disember 2026.







![[VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-syukri.jpg)
