Pelakon Evertts Gomes menghargai setiap pemberian yang diterima daripada peminat termasuk pakaian yang diberikan sehingga ada antaranya digayakan dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Evertts Gomes Masih ‘Single’, Target Kahwin Umur 35 Tahun – ‘Saya Nak Ambil Masa Lama Kenali Seseorang’

Artikel Berkaitan: Evertts Gomes Tak Selesa Di-‘Ship’ Dengan Pelakon Lelaki – ‘Kalau Dah Tak Tegur Mierul Aiman, Jangan Salahkan Saya’

Hargai pemberian peminat

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, seorang individu mempersoalkan tindakan segelintir peminat yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli hadiah buat artis yang diminati.

Perkara yang aku tak faham. Peminat bagi hadiah dekat artis, korang ingat dia pakai ke?

Pandang pun tidak. Bukan nak jadi toxic tapi tak faham macam mana sanggup keluarkan duit.

Bagaimanapun, Evertts atau nama sebenarnya Evertts McClane Gomes, 28, mengakui sentiasa menghargai setiap pemberian peminat dan tidak pernah menolak hadiah yang diberikan kepadanya.

Tambah Evertts, dia juga sering menggunakan hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan kasih sayang yang diberikan.

Tak tahulah orang lain macam mana, tapi saya memang pakai.

Kadang-kadang, pakaian yang saya gayakan pun ada yang diberikan oleh peminat.

Itu salah satu cara saya menunjukkan penghargaan kepada mereka.

Sumber: Threads