Pelakon, Yuna Rahim tampil memberikan kata-kata semangat kepada Zila Bakarin selepas penampilan fizikal aktres menjadi bahan hinaan warganet.

Artikel Berkaitan: Zila Bakarin Dituduh Amal Perbuatan Syirik – ‘Aku Dah Rasa Semua, Tapi Yang Ini Tak Boleh Terima’

Artikel Berkaitan: Zila Bakarin Dedah Suami Tak Pernah Paksa Masak – ‘Tak Susahkan Saya, Alhamdulillah Rezeki’

Zila Bakarin dikecam

Menerusi Threads, Zila atau nama penuhnya Rosmawati Bakarin, 51, meluahkan rasa terkilan apabila menjadi sasaran komen negatif, malah turut menjadi mangsa ‘face shaming’ segelintir individu.

Ramai betul hina fizikal saya, bibir besar lah. Muma fake lah hanya kerana saya kasihankan dan pertahankan budak-budak.

Ya, saya tak cantik dan saya terima hinaan tu. Terima kasih semua yang menghina dan berhenti panggil saya ratu or queen thread, saya geli.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian Yuna yang sempat memberikan kata-kata semangat Zila agar tidak membiarkan hinaan itu menjejaskan keyakinan dirinya.

Kak Zila, jangan biarkan kata-kata orang buat Kak Zila hilang keyakinan. 

You are beautiful in your own way, inside and out. Terus kuat, terus jadi diri sendiri. Yang penting, Allah tahu hati Kak Zila. Sending hugs!.

Membalas komen tersebut, Zila memaklumkan dia tidak mengambil hati dengan hinaan yang dilemparkan terhadapnya.

Sebelum ini, Zila turut dikecam selepas meninggalkan komen pada beberapa hantaran yang memaparkan pergaduhan Syida Melvin dan bekas suaminya ketika sesi siaran langsung.

Zila berpendapat pasangan itu tidak sepatutnya bertengkar di hadapan anak-anak, namun nasihatnya itu mengundang kecaman kerana dianggap mencampuri urusan orang lain.

Sumber: Threads