
Atas rasa tanggungjawab, dua penyanyi Indonesia, Idgitaf dan Pusakata tampil memohon maaf secara terbuka kepada penonton yang hadir pada Konsert Ruang Nyaman Fest 2026 berhubung beberapa isu yang berpunca dari negara mereka.
Artikel Berkaitan: For Revenge Bakal Gegarkan Kuala Lumpur, Raikan 20 Tahun Perjalanan Seni Menerusi Konsert Titik Sadrah
Artikel Berkaitan: Kenapa Gen Z Rela Simpan Duit Berbulan-Bulan Demi Satu Malam Konsert?
Minta maaf

Ketika persembahan berlangsung, Idgitaf atau nama sebenarnya Brigitta Sriulina Beru Meliala, 25, berharap dapat mewakili suara rakyat negaranya untuk menyampaikan rasa kesal atas insiden yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sebenarnya mungkin saya hanya segelintir manusia dari sekian banyak makhluk di Indonesia, tetapi saya benar-benar mahu meminta maaf kepada anda semua atas segala yang terjadi di Indonesia.
Saya mempunyai tanggungjawab untuk meminta maaf kepada anda semua dalam apa pun masalah yang terjadi.
Saya tidak menujukan perkara ini kepada sesiapa pun, tetapi anggaplah suara saya ini boleh menyuarakan suara orang-orang lain di negara saya.
Pelantun lagu Sedia Aku Sebelum Hujan itu turut mengakui insiden berkenaan turut memberi kesan kepada rakyat Indonesia.
Semoga anda semua boleh rasa bahawa sebenarnya kami di negara kami turut berasa resah atas apa yang terjadi.
Jadi semoga dalam kegelapan, dalam kezaliman, dalam keserakahan, dalam kesombongan, dalam kegelapan yang segelap-gelapnya, anda semua percaya bahawa masih ada cahaya.
Semoga anda terhibur dengan kehadiran kami yang jauh dari Indonesia ini.
Dalam pada itu, Pusakata atau nama sebenar Mohammad Istiqamah Djamad, 42, juga mengambil peluang menyampaikan permohonan maaf atas isu jerebu itu.
Maaf, saya ingin meminta maaf. Saya ingin meminta maaf sebagai orang Indonesia, kalau disebabkan kami buat anda semua batuk-batuk (kerana jerebu).
Saya ingin minta maaf betapa kita sangat saling menyakiti sekarang dan malu sekali untuk minta maaf dan mengaku kesalahan kami,” katanya sambil berharap agar peminat terhibur dengan persembahannya.
Berlangsung pada jam 2 petang hingga 11 malam, konsert anjuran Thrive Events itu turut dimeriahkan dengan persembahan barisan penyanyi popular Indonesia seperti Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Kaleb J dan dua artis tempatan, Najmi Niery serta Idgitaf dan Pusakata.






![[VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2186.jpg)
