![[VIDEO] ‘Hari-Hari Tiara Tegur Adik Dalam Perut Mama, Selawat & Doakan’ – Isteri Achey](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2536.jpg)
Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya meluahkan rasa terharu melihat gelagat anak mereka, Tiara Zinnirah yang tidak sabar menyambut kehadiran adiknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Sujud Syukur, Isteri Kini Disahkan Hamil – ’15 Tahun Menanti, Akhirnya Allah Izinkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Achey Kembali Jalani IVF, Bimbang Kecewakan Tiara – ‘Mama Ingat Lagi, Awak Sedih Sampai Tak Nak Makan’
Momen Tiara dengan adik
View on Threads
Menerusi video yang dimuat naik di Threads, Nor Hasanah atau lebih mesra dengan panggilan Anne berkongsi momen Tiara mengusap perutnya sambil berselawat buat bayi yang masih berada dalam kandungan.
Anak mama, Tiara Zinnirah.
Rasanya kamulah orang yang paling teruja menantikan kehadiran adik. Hari-hari Tiara tegur adik dalam perut mama, tak lupa berselawat dan mendoakan adik.
Dia juga mengakui tersentuh melihat gelagat Tiara yang teruja dan sudah mula menunjukkan perhatian terhadap ahli keluarga baharu mereka.
Kadang-kadang mama hanya mampu tersenyum melihat gelagat Tiara. Betapa besarnya kasih sayang seorang kakak, walaupun adik masih belum lahir ke dunia.
Sementara itu, Anne berharap agar hubungan Tiara dan adiknya yang bakal lahir itu sentiasa erat dan saling menyayangi antara satu sama lain.
Sayang, Semoga hubungan kalian sentiasa erat, saling menyayangi dan menjadi peneman antara satu sama lain.
Sebelum ini, Achey dan Anne berkongsi berita gembira apabila rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kali kedua yang dijalani mereka berjaya dan meraka dijangka bakal menimang cahaya mata pada Hari Raya Aidiladha tahun depan.
Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mengambil Tiara sebagai anak angkat sejak 2018.
Sumber: Threads








