Pelakon, Fazura menitipkan luahan penuh kasih sayang buat anak perempuannya, Fatima, yang disifatkan sebagai hadiah terindah dikurniakan Allah SWT dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: Fazura Titip Pesanan Istimewa Buat Fatima Sempena Hari Jadi Ke-6 – ‘Mommy Sayang Kamu’

Artikel Berkaitan: Que Haidar Kongsi Foto Dengan Fazura, Cincin Di Jari Curi Perhatian

Anak kesayangan

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin menyifatkan foto tersebut sebagai gambar paling digemarinya yang pernah diambil bersama Fatima.

Menurutnya, dia tersentuh apabila Fatima tetap menganggap dirinya sebagai ibu terbaik meskipun anaknya itu sudah melalui pelbagai perkara.

Lebih daripada segalanya, ini masih foto kegemaran saya yang pernah diambil bersama.

Kamu akan sentiasa menjadi anak kesayangan mommy, Fatima.

Kamu sudah melalui pelbagai perkara, tetapi entah bagaimana masih menganggap mommy yang terbaik.

Dalam pada itu, pelakon drama Langit Cinta itu mengakui sanggup berkorban apa sahaja demi melihat Fatima sentiasa bahagia.

Tambahnya, dia turut menjanjikan lebih banyak kebahagiaan buat anaknya itu tidak lama lagi.

Tanpa kamu sedari, kamu adalah hadiah paling berharga yang dikurniakan Allah SWT kepada mommy.

Menyayangi kamu dan menyediakan segala keperluan kamu adalah tujuan terbaik dalam hidup mommy.

Mommy sanggup mengorbankan waktu tidur semata-mata untuk melihat kamu tersenyum selama-lamanya.

Mommy tahu keadaan ini sukar kerana mommy tidak berada di sisi kamu pada waktu malam sejak kebelakangan ini, tetapi mommy janji kebahagiaan yang melimpah ruah bakal tiba tidak lama lagi.

Sekadar info, Fazura dan pelakon Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas hampir tujuh tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 6.

Sumber: Threads