Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan pernah menjadi mangsa rompakan sewaktu bekerja di syarikat milik ibunya ketika usia 18 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji ‘Humble’ Makan Nasi Campur Di Warung – ‘Dah 40 Tahun, Ini Kali Pertama Jumpa Artis’

Pernah dirompak

Menerusi temu bual dalam podcast Sembang Seram, Aliff, 38, berkata kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki yang disangkakan pekerja baharu mengikutinya masuk ke ruang pejabat.

Namun, lelaki terbabit rupanya perompak yang kemudian mengacukan senjata dan mengarahkan semua individu di premis berkenaan supaya meniarap.

Saya dah pernah kena tiga kali rompak. Ketika itu, saya sedang bekerja dekat pejabat bonda. Ibu saya baru beri kereta Harrier.

Semuanya bermula apabila ada seorang individu ini ikut masuk saya ke pejabat. Saya ingatkan dia staf baru yang tak bawa kad, jadi saya biarkan dia ikut saya.

Tiba-tiba bila dia masuk, dia suruh semua orang baring dan keluarkan pistol. Rupanya dia memang dah aim saya. Dia nampak saya baru keluar kereta baru. Saya cuba menyorok dalam kalangan staf. Saya ingat dia tak kenal saya.

Disebabkan saya biasa tengok drama rompakan, saya letak kunci kereta dalam seluar dalam sebab biasanya mereka tidak akan periksa situ. Saya tak mahu kasi sebab kereta baru. Aku rela mati daripada serahkan kereta itu.

Keadaan bertambah tegang apabila lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya yang turut membawa parang dan pistol sebelum menggeledah premis serta mencari pemilik kereta Harrier berkenaan.

Semua barang kemas perempuan kena tarik. Mula sorang sahaja, kemudian dia panggil geng dia bawa parang dan pistol. Dia tanya siapa kereta Harrier. Saya takut dah ketika itu. Kereta pula baru sehari. Saya ingat saya bermimpi.

Walaupun cuba menyembunyikan identitinya, Aliff akhirnya berjaya dikenal pasti sebagai pemilik kenderaan berkenaan sebelum menjadi sasaran kekerasan kumpulan perompak itu.

Dia cuba goyangkan seluar saya dan keluarkan kunci dari seluar dalam saya. Saya sampai terbaring. Kemudian, selesai sahaja rompakan, dia cabut CCTV dan minta akaun peti besi.

Mereka keluar lari dan cuba bawa kereta pergi tetapi berhenti tengah jalan sebab alarm kereta berbunyi. Alhamdulillah, saya dapat kereta saya balik.

Sumber: TikTok