Pelakon Farid Kamil menyorot perhatian ramai selepas berkongsi luahan mengenai pertemuan, takdir dan cinta menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: Anak Farid Kamil & Diana Danielle Raih Perhatian, Ramai Dah ‘Cop’ Muhammad Jadi Menantu

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Sebelum Cerai Dengan Farid Kamil

Kekasih baru?

Menerusi perkongsian di Instagram, Farid, 45, memuat naik foto bersama seorang wanita selain menitipkan kata-kata menyentuh hati mengenai pertemuan dua insan yang diatur oleh Tuhan.

Kongsi Farid, setiap pertemuan mempunyai hikmah tersendiri dan bukan sekadar untuk mengisi kekosongan hati sebaliknya menjadi ruang untuk saling mengenali serta memperbaiki diri.

Ada pertemuan yang tidak pernah kita rancang, namun terasa seolah-olah telah lama tertulis dalam takdir.

Dua jiwa, dua perjalanan, dua cerita kehidupan, akhirnya dipertemukan pada waktu yang hanya Allah mengetahui hikmahnya.

Mungkin kita tidak bertemu untuk sekadar mengisi kekosongan hati, tetapi untuk saling mengenali, memahami dan memperbaiki diri.

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu turut mengakui tidak menjanjikan perjalanan yang bebas daripada ujian namun berharap setiap langkah mendapat keredaan Allah.

Selain itu, Farid berharap pertemuan berkenaan bukan sekadar menyatukan dua hati di dunia, malah membawa mereka bersama hingga ke syurga.

Aku tidak menjanjikan perjalanan tanpa ujian. Namun, jika Allah mengizinkan, biarlah langkah ini bermula dengan Bismillah, disertai keikhlasan dan berakhir dengan reda-Nya.

Mungkin kita dipertemukan bukan secara kebetulan, tetapi kerana ada hikmah yang sedang Allah aturkan.

“Jika benar kita ditakdirkan bersama, semoga bukan hanya di dunia, tetapi hingga ke syurga.”

Bagaimanapun, Farid tidak memperincikan identiti wanita yang muncul dalam foto berkenaan mahupun menjelaskan secara lanjut mengenai status hubungan mereka.

Untuk rekod, Farid pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Diana Danielle pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad serta Nur Aurora.

Pasangan itu pernah bercerai secara dalam talian pada 10 Ogos 2023 sebelum kembali rujuk, namun berpisah buat kali kedua dengan talak satu pada 23 Mac 2025.

Sumber: Instagram