
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi cara tersendiri dalam menguruskan emosi setiap kali berdepan tekanan atau keletihan dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: Fiziwoo Kongsi Kisah Di Sebalik Rekaan Kebaya Payet Bunga Teluki Digayakan Bella Astillah
Artikel Berkaitan: Sikap Sederhana Bella Astillah Di Set Penggambaran Raih Pujian – ‘Makan Pakai Pinggan Kertas, Duduk Bersila’
Tidak mengharapkan apa-apa
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Bella, 32, memaklumkan dia akan meluangkan masa untuk menenangkan emosi dengan cara menangis.
Tambah Bella, dia tidak pernah mengharapkan balasan atas setiap kebaikan yang dilakukan sebaliknya percaya setiap ujian dan perkara yang berlaku dalam hidup pasti mempunyai hikmah tersendiri.
Dulu sebelum saya berkahwin, saya juga seperti manusia biasa.
Emosi pun turun naik. Bila saya burnout, saya akan cepat-cepat istighfar.
Saya jenis kena menangis, baru rasa okey. Bila fikir, kita diberi kehidupan ini hanya sekali.
Jadilah manusia yang baik dan percaya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Tak kisah kita pernah terluka atau tersakiti, jalani saja.
Banyak perkara yang saya lalui, tapi saya tidak pernah mengharap sesuatu yang baik akan datang pada saya.
Dalam pada itu, Bella sempat berkongsi pengalaman bermakna apabila pernah bersedekah sejumlah wang sebelum menerima rezeki yang jauh lebih besar daripada nilai sumbangannya.
Contoh bila saya buat kebaikan, saya tak pernah terfikir saya akan dapat ganjaran daripada kebaikan itu.
Pernah sekali ayah saya telefon untuk sedekah hari jumaat. Saya bagi ayah RM100, dan beberapa jam selepas itu, saya dapat tawaran kerja bernilai RM100,000.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Shafiq Shaheen Jalin Kerjasama Dengan Jakel – ‘Saya Niat Nak Derma Duit Ini Kepada Tahfiz’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/867784DB-BBEB-4B91-9D65-DEB7740D6202.jpeg)